Kelas pemulihan khas SK. Maraba telah ditubuhkan pada bulan Jun 2007. Kelas pemulihan khas ini dikendalikan oleh Pn. Asiah Jupry yang mana merupakan guru di bawah program KPLI-KDC pemulihan. Melalui bimbingan dan bantuan semua warga sekolah, kelas pemulihan berjaya di laksanakan sepenuhnya. Beberapa transformasi telah berlaku sepanjang dua tahun penubuhan kelas ini. Semoga dengan kewujudan Kelas Pemulihan ini, keciciran pelajar dan masalah penguasaan kemahiran 3M dapat dibendung.
MATLAMAT
“ MEMASTIKAN SEMUA MURID BEBAS DARI MASALAH PENGUASAAN KEMAHIRAN 3M DAN SETERUSNYA MEMBENDUNG KECICIRAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA“
OBJEKTIF
“ Memastikan masalah penguasaan kemahiran 3M dikalangan
murid tahap satu (Tahun dua dan Tahun Tiga) dapat di atasi sebelum murid beralih ke tahap dua.”
VISI
“Ke arah membina Modal Insan Yang Celik 3M”
MISI
“ Memulihkan murid-murid yang bermasalah dalam penguasaan kemahiran 3M
melalui pelbagai kaedah dan alternatif berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.”
Recent Comments